Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Sediakan iCloud untuk Freeform pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud dengan Freeform pada iPhone, iPad dan Mac anda (dengan iOS 16.2, iPadOS 16.2, macOS 13 atau terkini). Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud, lihat Pastikan papan Freeform anda dikemas kini dan kongsikannya dengan iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple anda pada peranti, atau peranti mematikan ciri Freeform, anda tidak akan dapat mengakses papan iCloud anda pada peranti.
Sediakan iCloud untuk Freeform pada iPhone atau iPad anda
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Lihat Semua (atau Tunjukkan Semua), kemudian hidupkan Freeform.
Untuk mendapakan maklumat lanjut tentang cara bekerjasama di papan pada iPhone atau iPad anda, lihat mana‑mana yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Kongsi papan Freeform dan bekerjasama pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Kongsi papan Freeform dan bekerjasama pada iPad
Sediakan iCloud untuk Freeform pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik "Daftar masuk", masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik iCloud, kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
macOS Sequoia atau terkini: Di sebelah Disimpan ke iCloud, klik Lihat Semua, kemudian hidupkan Freeform.
macOS 14 atau lebih awal: Di bawah App Menggunakan iCloud, klik Tunjukkan Semua atau Tunjukkan Lagi App, kemudian hidupkan Freeform.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara bekerjasama pada papan Freeform pada Mac anda, lihat Kongsi papan Freeform pada Mac dalam Panduan Pengguna Freeform untuk Mac.