Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Terima peringatan untuk balas e‑mel dalam Mel di iCloud.com
Jika anda tiada masa untuk membalas e-mel dengan serta-merta, anda boleh menetapkan masa dan tarikh untuk menerima peringatan dan e-mel itu akan dipindahkan ke bahagian atas peti masuk anda.
Sediakan peringatan
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih e-mel dalam senarai e-mel anda, kemudian klik
.
Klik Ingatkan Saya, kemudian pilih salah satu pilihan berikut:
Ingatkan Saya dalam 1 Jam: Terima peringatan dalam masa satu jam.
Ingatkan Saya Malam Ini: Terima peringatan pada pukul 9:00 malam (masa tempatan).
Ingatkan Saya Esok: Terima peringatan pada pukul 8:00 pagi (masa tempatan) keesokan harinya.
Ingatkan Saya Kemudian: Pilih tarikh dan masa tersuai untuk menerima peringatan.
Petua: Anda juga boleh menahan penuding anda di atas e-mel dalam senarai mesej , klik , kemudian pilih Ingatkan Saya.
E‑mel yang telah anda setkan peringatan untuk dipindahkan ke bahagian atas peti masuk anda pada masa yang anda tetapkan. E‑mel juga akan muncul dalam peti mel Ingatkan Saya dalam Senarai Peti Mel.
Edit peringatan
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih e-mel dalam senarai e-mel anda, kemudian klik
.
Klik Edit Peringatan, kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
Tukar tarikh: Klik tarikh, pilih tarikh daripada kalendar, kemudian klik Jadual.
Tukar masa: Klik masa, taipkan masa baharu, kemudian klik Jadual.
Keluarkan peringatan: Klik Keluarkan Peringatan.