Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Sandarkan iPhone atau iPad anda ke iCloud
Anda boleh menggunakan iCloud untuk menyandarkan iPhone atau iPad anda. Anda boleh menyesuaikan app dan data yang disandarkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara yang termasuk dalam sandaran iCloud, lihat artikel Sokongan Apple Apakah yang disandarkan oleh iCloud? Untuk mengetahui tentang pengurusan sandaran anda, lihat Lihat dan urus sandaran peranti iCloud.
Hidupkan sandaran automatik
Apabila anda menghidupkan Sandaran iCloud, iCloud menyandarkan maklumat peranti anda secara automatik melalui Wi‑Fi apabila peranti anda dihidupkan, dikunci dan disambungkan ke sumber kuasa.
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Sandaran iCloud, kemudian hidupkan Sandarkan [peranti] Ini.
Jika peranti dan pembekal khidmat anda menyokongnya, anda juga boleh menghidupkan Sandaran Melalui Selular untuk menggunakan data selular dengan Sandaran iCloud dan bukannya Wi‑Fi apabila Wi‑Fi tidak tersedia.
Sesuaikan app dan data yang disandarkan untuk peranti
Anda boleh menyesuaikan app dan data yang termasuk dalam sandaran iCloud anda.
Beberapa app Apple menyandarkan data ke iCloud tetapi tidak termasuk dalam senarai app. Anda hanya boleh mematikan sandaran untuk app yang disenaraikan.
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Sandaran iCloud.
Ketik nama peranti anda.
Nota: Walaupun anda dapat melihat semua peranti yang telah menghidupkan Sandaran iCloud, anda hanya boleh menukar app yang termasuk dalam sandaran untuk peranti yang sedang anda gunakan.
Hidupkan atau matikan sandaran untuk setiap app.
Senarai app mungkin disingkatkan. Ketik Tunjukkan Semua App untuk melihat senarai lengkap.
Sandarkan secara manual
Setelah anda menghidupkan sandaran automatik, anda boleh menyandarkan peranti anda secara manual pada bila‑bila masa.
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud.
Ketik Sandarkan Sekarang.
Matikan sandaran automatik
Jika anda mematikan Sandaran iCloud untuk peranti, apa-apa sandaran yang disimpan dalam iCloud akan disimpan selama 180 hari sebelum dipadamkan.
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Sandaran iCloud.
Matikan ciri Sandarkan [peranti] Ini.
Jika anda memerlukan bantuan dengan Sandaran iCloud, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak dapat membuat sandaran ke iCloud dan Jika pemulihan daripada sandaran iCloud gagal.
Anda juga boleh menggunakan komputer anda untuk menyandarkan peranti anda. Lihat artikel Sokongan Apple Cara menyandarkan iPhone, iPad dan iPod touch anda.