Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Sediakan iCloud untuk Apple Books pada semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud dengan Apple Books pada iPhone, iPad dan Mac anda. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud, lihat Pastikan pustaka dan seting Apple Books anda sentiasa terkini dengan iCloud.
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple anda pada peranti, atau peranti mematikan ciri Apple Books, anda tidak akan dapat mengakses kandungan yang disimpan dalam iCloud pada peranti.
Sediakan iCloud untuk Apple Books pada iPhone atau iPad anda
Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Pastikan iCloud Drive dihidupkan. Jika tidak, ketik Drive (atau iCloud Drive), kemudian hidupkan Segerakkan [peranti] ini.
Ketik Lihat Semua atau Tunjukkan Semua, kemudian hidupkan Buku.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
iOS 18, iPadOS 18 atau terkini: Pergi ke Seting > App > Buku, kemudian hidupkan Rumah dan iCloud Drive.
iOS 17, iPadOS 17, atau terdahulu: Pergi ke Seting > Buku, kemudian hidupkan Membaca Sekarang dan iCloud Drive.
Untuk melihat buku dan maklumat lain yang disimpan di iCloud, buka app Apple Books. Anda perlu memuat turun buku yang dibeli pada peranti lain untuk melihat buku pada iPhone atau iPad anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan Apple Books pada iPhone atau iPad anda, lihat mana-mana yang berikut:
Panduan Pengguna iPhone: Baca buku dalam app Buku pada iPhone
Panduan Pengguna iPad: Baca buku dalam app Buku pada iPad
Sediakan iCloud untuk Apple Books pada Mac anda
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.
Jika anda tidak melihat nama anda, klik "Daftar masuk", masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.
Klik iCloud, klik Drive (atau iCloud Drive), kemudian lakukan salah satu perkara berikut:
macOS 13.3 atau terkini: Hidupkan Segerakkan Mac ini. Klik Penyegerakan App kepada iCloud Drive, kemudian hidupkan Buku.
macOS 13 hingga 13.2: Klik Hidupkan. Klik butang Pilihan, kemudian pilih Buku.
Dalam app Buku, pilih Buku > Seting, klik Umum, kemudian pilih Membaca Sekarang dan “Koleksi, penanda buku dan sorotan”.
Untuk melihat buku dan maklumat lain yang disimpan di iCloud, buka app Buku. Anda perlu memuat turun buku yang dibeli pada peranti lain untuk melihatnya pada Mac anda.
Untuk maklumat lanjut, lihat Baca buku dalam Buku pada Mac dan Muat turun buku atau buku audio yang dibeli dan dikemas kini dalam Buku pada Mac dalam Panduan Pengguna Apple Books untuk Mac.