Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Terima pemberitahuan untuk app iCloud pada PC anda
Anda boleh memilih untuk menerima pemberitahuan daripada app iCloud anda pada PC anda, walaupun anda tidak membuka halaman iCloud.com (tidak tersedia di semua negara atau rantau).
Nota: Pilihan ini hanya tersedia jika anda menggunakan PC bukan jenama Apple dan menggunakan Firefox, Chrome atau Edge sebagai pelayar web anda. Jika anda sedang menggunakan peranti Apple, anda tidak akan melihat pilihan ini, tetapi anda boleh menerima pemberitahuan app pada peranti anda. Lihat Seting pemberitahuan pada Mac dan Tukar seting pemberitahuan pada iPhone.
Pergi ke icloud.com/settings, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Petua: Jika anda sudah berada di iCloud.com, anda juga boleh mengklik foto Akaun Apple anda atau
di sudut kanan sebelah atas tetingkap, kemudian klik Seting iCloud.
Di bawah Pemberitahuan Pelayar untuk App, klik Urus Pemberitahuan Pelayar.
Hidupkan app yang ingin anda terima pemberitahuan:
iCloud Mail: Anda akan diberitahu setiap kali anda menerima e-mel baharu.
Kalendar iCloud: Anda akan diberitahu setiap kali anda dijemput ke peristiwa atau kalendar yang dikongsi, dan apabila terdapat kemas kini peristiwa atau kalendar.
Nota: Pemberitahuan Kalendar iCloud hanya akan dihantar jika anda memilih untuk menerima jemputan dan kemas kini dalam app. Lihat Terima jemputan peristiwa sebagai pemberitahuan dalam app atau e‑mel.
Jika anda tidak memilih “Kekalkan saya didaftar masuk” ketika anda mendaftar masuk ke iCloud.com, anda akan berhenti menerima pemberitahuan selepas tiada aktiviti dikesan selama 30 minit. Jika anda telah memilih pilihan tersebut, anda akan berhenti menerima pemberitahuan selepas anda log keluar atau tidak mengakses iCloud.com selama 30 hari. Pemberitahuan akan disambung semula pada kali seterusnya anda log masuk.
Jika anda tidak menerima pemberitahuan, pastikan anda menggunakan pelayar yang disokong dan anda tidak melumpuhkan kebenaran pemberitahuan pelayar untuk iCloud.com. Semak seting pelayar anda untuk melihat kebenaran semasa bagi pemberitahuan.