Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Bekerjasama pada dokumen Pages dan pastikan dokumen tersebut dikemas kini dengan iCloud
Dengan iCloud, dokumen Pages anda dikemas kini pada semua peranti anda dan anda boleh bekerjasama pada dokumen dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja.
Akses dokumen yang sama pada semua peranti anda
Apabila anda menyediakan iCloud untuk Pages, dokumen Pages anda disimpan dalam awan, yang mengosongkan ruang pada peranti anda. Anda boleh melihat dokumen tersebut pada sebarang peranti yang disediakan untuk iCloud dan Pages, termasuk iPhone, iPad dan Mac anda. Anda juga boleh mengakses dokumen anda dalam pelayar web di iCloud.com.
Atas sebab dokumen anda terletak dalam awan, perubahan yang anda buat pada satu peranti—seperti menambah teks, memadamkan senarai kandungan atau mengemas kini tajuk—tertera pada semua peranti anda secara automatik. Anda akan melihat versi dokumen anda yang paling terkini, tidak kira di mana anda mengaksesnya.
Nota: Semua dokumen Pages yang anda cipta akan diambil kira dalam storan iCloud anda.
Pulihkan dokumen yang dipadamkan
Jika anda memadamkan dokumen yang disimpan dalam iCloud, ia akan dialihkan ke folder Terbaru Dipadamkan pada iPhone, iPad dan iCloud.com anda, serta ke folder Sampah pada Mac anda.
Dokumen yang terbaru dipadamkan boleh dipulihkan selama 30 hari. Jika anda memadamkan dokumen secara kekal dari folder Terbaru Dipadamkan atau mengosongkan Sampah pada Mac, anda tidak boleh memulihkan dokumen tersebut.
Berkongsi dan bekerjasama pada dokumen
Anda boleh berkongsi dokumen dengan rakan, keluarga dan rakan sekerja yang menggunakan iCloud. Mereka boleh menambahkan dokumen dikongsi ke iCloud Drive dan melihat dokumen dalam app Pages. Anda menentukan sama ada orang yang anda kongsi dokumen boleh mengedit dokumen atau melihatnya sahaja. Anda juga boleh membenarkan mereka untuk menambahkan orang lain. Apabila kolaborator melakukan edit kepada dokumen, semua orang melihat perubahan tersebut dalam masa nyata.
Anda juga boleh berkongsi dokumen secara awam supaya sesiapa sahaja boleh mengaksesnya, walaupun mereka tidak menggunakan iCloud. Anda menentukan sama ada sesiapa sahaja yang mempunyai pautan boleh mengedit dokumen atau melihatnya sahaja.