Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Buat kemas kini kepada folder yang dikongsi dalam Nota di iCloud.com
Anda boleh berkongsi folder dan membuat kemas kini kepada kandungan folder itu. Semua peserta folder yang dikongsi boleh melihat sebarang perubahan yang dibuat pada folder.
Pergi ke icloud.com/notes, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih folder yang anda ingin kemas kini dalam bar sisi.
Jika anda telah dijemput untuk mengedit folder tetapi belum lagi menerima jemputan itu, anda perlu klik pautan yang anda terima, kemudian klik Buka dalam Nota. Selepas anda membuka folder buat kali pertama, folder itu akan muncul dalam bar sisi di iCloud.com dan pada iPhone, iPad atau Mac anda yang telah anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Edit nota dalam folder tersebut.
Apabila seseorang membuat kemas kini kepada folder yang dikongsi atau kepada nota dalam folder yang dikongsi, semua individu yang berkongsi folder boleh melihat perubahan itu, tetapi tiada sesiapa boleh melihat orang yang membuat perubahan. Jika pengeditan dibuat kepada nota dalam folder yang dikongsi, cap masa di bawah nota dalam senarai nota menunjukkan kali terakhir nota diedit. Jika anda tidak mengedit nota yang dikongsi pada waktu yang sama, titik kuning akan muncul bersebelahan nota dalam senarai nota apabila seseorang sedang mengedit nota tersebut.
Jika anda dijemput untuk mengedit folder menggunakan alamat e‑mel atau nombor telefon yang tidak dikaitkan dengan Akaun Apple yang anda gunakan untuk iCloud, minta pemilik menghantar semula jemputan dengan menggunakan alamat e‑mel atau nombor telefon yang betul. Anda juga boleh mengikut arahan pada skrin untuk mengaitkan alamat e‑mel atau nombor telefon itu dengan Akaun Apple anda.