Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Susun e‑mel dengan folder dalam Mel di iCloud.com
iCloud mengandungi tujuh folder Mel lalai: Peti Masuk, VIP, Draf, Dihantar, Arkib, Sampah dan Remeh. Anda boleh mencipta folder dan subfolder tambahan untuk menyusun e‑mel anda.
Apabila anda mencipta folder, folder tersebut boleh dilihat pada mana‑mana peranti yang menghidupkan Mel dalam seting iCloud.
Untuk mengendalikan folder, pastikan Senarai Peti Mel kelihatan.
Cipta folder atau subfolder
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Cipta folder baharu: Apabila folder lalai dipilih, klik
di sebelah Folder dalam senarai Peti Mel. Taipkan nama, kemudian tekan Return atau Enter.
Cipta subfolder: Pilih folder yang ingin ditambahkan subfolder, klik
, taipkan nama subfolder baharu, kemudian tekan Return atau Enter. Anda juga boleh mengklik folder sedia ada dan menyeretkannya ke folder lain.
Alih subfolder kepada peringkat atas: Klik subfolder, kemudian seretkannya ke pengatas Folder dalam senarai Peti Mel.
Folder yang anda cipta diisih mengikut abjad.
Namakan semula atau padamkan folder
Penting: Memadam folder akan memadam semua kandungan di dalamnya—e‑mel, subfolder dan e‑mel dalam subfolder.
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Dwiklik nama folder yang anda ingin namakan semula atau padamkan.
Lakukan salah satu yang berikut:
Namakan semula folder: Taipkan nama baharu folder, kemudian tekan Return atau Enter.
Padamkan folder: Klik
di sebelah kiri nama folder, kemudian klik Padam.
Pindahkan e‑mel ke dalam folder
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih e-mel, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Jika anda memilih satu e-mel: Klik
di bahagian atas, pilih folder atau cipta folder baharu, kemudian klik Pindahkan.
Jika anda memilih berbilang e-mel: Klik Pindahkan, pilih folder atau cipta folder baharu, kemudian klik Pindahkan.
Anda juga boleh memilih satu atau lebih e-mel, kemudian menyeretnya ke dalam folder dalam senarai Peti Mel.
Ketahui cara menggunakan Mail di iCloud.com pada telefon atau tablet.