Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Simpan dan cari alamat e‑mel dalam Mel di iCloud.com
Anda boleh menyimpan alamat e‑mel dalam kenalan iCloud anda. Anda juga boleh memasukkan alamat e‑mel yang terdapat dalam kenalan iCloud anda dengan hanya menaip beberapa aksara pertama dalam medan Kepada e‑mel; iCloud akan melengkapkan alamat e‑mel untuk anda secara automatik.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kenalan iCloud, lihat Pastikan kenalan anda dikemas kini dengan iCloud.
Simpan alamat e‑mel dalam kenalan iCloud anda
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tambah kenalan dari e‑mel yang anda terima: Lihat e‑mel. Di bahagian atas e-mel, klik nama atau alamat e-mel pengirim. Dalam tetingkap yang muncul, edit butiran kenalan jika perlu, kemudian klik Tambah Kenalan.
Tambah kenalan sambil mengarang atau membalas e‑mel: Pilih alamat dalam medan Kepada, Sk atau Skt. Klik
di sebelah alamat, tambah atau kemas kini butiran kenalan, kemudian klik Tambah Kenalan.
Jika akaun anda telah menghidupkan Had Komunikasi Masa Skrin, anda mungkin tidak dapat menambah atau mengedit kenalan. Lihat Jika anda tidak dapat mencipta, mengimport, mengedit atau memadamkan kenalan di iCloud.com.
Gunakan alamat daripada kenalan anda yang disimpan di iCloud
Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Buka e-mel baharu.
Dalam medan Kepada, mula taipkan nama atau alamat e‑mel kenalan. Apabila alamat e-mel yang anda mahukan muncul, pilih alamat tersebut.
Ketahui cara menggunakan Mail di iCloud.com pada telefon atau tablet.