Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Terima dan balas jemputan peristiwa kalendar di iCloud.com
Anda boleh menentukan cara anda ingin menerima jemputan untuk setiap alamat e‑mel yang digunakan dengan Kalendar di iCloud—sama ada sebagai pemberitahuan dalam app atau melalui e‑mel. Anda juga boleh membalas mesej peristiwa dan melaporkan mel remeh.
Terima jemputan peristiwa sebagai pemberitahuan dalam app atau e‑mel
Pergi ke icloud.com/calendar, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik
di bahagian atas bar sisi, kemudian pilih Seting.
Klik Akaun, kemudian pilih cara anda ingin menerima jemputan peristiwa dan kemas kini:
Terima melalui Pemberitahuan Dalam App: Jemputan peristiwa muncul sebagai pemberitahuan dalam Kalendar di iCloud.com. Anda boleh membalas jemputan peristiwa dengan mengklik
dalam bar sisi, kemudian mengklik pemberitahuan.
Terima melalui E‑mel: Jemputan peristiwa dihantar melalui e‑mel ke alamat yang ditentukan. Anda boleh membalas jemputan peristiwa dalam e‑mel. Pilihan ini berguna jika kalendar utama anda bukan kalendar iCloud anda.
Jika anda menggunakan lebih daripada satu alamat e‑mel dengan Kalendar iCloud, anda boleh memilih pilihan untuk setiap alamat e‑mel.
Klik
.
Pilihan yang anda pilih digunakan pada semua peranti yang telah anda daftar masuk ke Akaun Apple anda dan menghidupkan iCloud untuk Kalendar. Untuk menyediakan pada iPhone atau iPad anda, lihat Sediakan cara anda menghantar dan menerima jemputan untuk Kalendar iCloud.
Terima, tolak atau katakan mungkin kepada jemputan peristiwa
Pergi ke icloud.com/calendar, daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu), kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Jika anda memilih untuk menerima jemputan peristiwa sebagai pemberitahuan dalam app: klik
dalam bar sisi. Klik pemberitahuan peristiwa, kemudian klik Terima, Tolak atau Mungkin.
Jika anda memilih untuk menghantar jemputan peristiwa kepada anda melalui e‑mel: Dalam e‑mel jemputan yang anda terima, dwiklik jemputan untuk menambahkan peristiwa ke kalendar anda.
Anda boleh mengedit balasan anda dalam peristiwa pada kalendar atau dalam jemputan e‑mel asal.
Laporkan jemputan peristiwa kalendar remeh
Jika anda menerima jemputan peristiwa kalendar yang anda fikir mungkin adalah remeh atau spam, anda boleh melaporkannya ke iCloud.
Pergi ke icloud.com/calendar, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Buka jemputan yang anda ingin laporkan, kemudian klik Laporkan Jemputan Remeh.
Klik
.
Peristiwa dipadamkan daripada kalendar anda secara automatik, pada semua peranti anda yang telah didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.