Panduan Pengguna iCloud
- Selamat Datang
-
-
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Sesuaikan dan gunakan jubin halaman utama
- Jemputan Apple
- Keynote
- Numbers
- Pages
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Pulihkan fail dan maklumat
- Gunakan iCloud pada peranti Windows anda
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Cipta dan urus senarai kenalan di iCloud.com
Apabila anda mencipta kenalan, kenalan itu diletakkan dalam senarai Semua Kenalan. Untuk membantu menyusun kenalan anda dan memudahkan kenalan dicari, anda boleh mencipta senarai tambahan.
Untuk menggunakan Kenalan di iCloud.com, anda mesti menggunakan tablet atau komputer.
Cipta senarai
Senarai diisih mengikut turutan abjad, dengan Semua Kenalan di bahagian atas senarai.
Pergi ke icloud.com/contacts, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik
dalam bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, klik
.
Taipkan nama untuk senarai, kemudian tekan kekunci Return atau Enter.
Untuk menukar nama senarai kemudian, tahan penuding di atas senarai dalam bar sisi, klik
, kemudian klik Namakan Semula Senarai dan masukkan nama baharu dalam medan teks. Tekan kekunci Return atau Enter.
Pindahkan kenalan ke dalam senarai
Anda boleh menambahkan kenalan kepada lebih daripada satu senarai. Apabila anda menambahkan kenalan pada senarai baharu, kenalan tersebut akan kekal dalam senarai lama, melainkan anda mengeluarkan kenalan tersebut.
Pergi ke icloud.com/contacts, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Pilih satu atau lebih kenalan yang anda mahu alihkan.
Seret kenalan ke senarai dalam bar sisi di sebelah kiri.
Keluarkan kenalan daripada senarai
Apabila anda mengeluarkan kenalan daripada senarai, kenalan dikeluarkan daripada senarai itu sahaja. Kenalan kekal dalam senarai Semua Kenalan.
Jika anda memadamkan kenalan daripada senarai Semua Kenalan, kenalan itu akan dipadamkan dari semua peranti anda yang mempunyai Kenalan dihidupkan dalam seting iCloud.
Pergi ke icloud.com/contacts, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Klik senarai yang mengandungi kenalan yang anda ingin alih keluar.
Klik kenalan, klik
di bahagian atas senarai kenalan, kemudian pilih Padam Kenalan. Atau klik kenalan, kemudian tekan kekunci Delete pada papan kekunci anda.
Padam senarai
Apabila anda memadam senarai, kenalan di dalam senarai itu kekal dalam senarai Semua Kenalan.
Pergi ke icloud.com/contacts, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Tahan penuding anda di atas senarai yang ingin anda padamkan, klik
, kemudian klik Padam Senarai.
Jika anda memadamkan senarai atau kenalan secara tidak sengaja, anda boleh memulihkan versi kenalan anda yang diarkibkan. Lihat Pulihkan kenalan yang disimpan dalam iCloud di iCloud.com.
Ketahui cara untuk menggunakan Kenalan di iCloud.com pada tablet.