Berlari dengan Apple Watch
Apple Watch anda boleh membantu anda menjejak latihan berlari anda. Apabila anda memulakan latihan berlari dalam app Latihan, anda boleh menggunakan beberapa paparan latihan yang berbeza. Paparan latihan menampilkan metrik yang berbeza yang anda boleh pilih daripada kadar jantung, kadar purata, kuasa berlari dan banyak lagi. Anda boleh menyertakan paparan latihan prabina yang berfokus pada Zon Kadar Jantung, peningkatan, kuasa, gelang Aktiviti dan banyak lagi.
Apabila anda sedia untuk pergi berlari, anda boleh mengesetkan kadar berlari, menandingi masa terakhir atau masa terbaik dalam laluan anda, atau mendapatkan masa pusingan dalam laluan yang tepat. Anda juga boleh mencipta latihan tersuai yang sesuai dengan keperluan kecergasan anda. Selepas anda telah melengkapkan latihan, gunakan Beban Latihan dalam app Aktiviti untuk melihat cara keamatan latihan anda mungkin memberi kesan pada badan anda mengikut masa. Dengan butang Tindakan pada model Apple Watch Ultra, anda boleh memulakan latihan berlari dengan cepat dan menandakan segmen semasa larian anda.

Mulakan latihan berlari
Apabila anda bersedia untuk memulakan larian, pergi ke app Latihan pada Apple Watch anda, putar Digital Crown ke Larian Luar atau Larian Dalaman, kemudian ketik latihan. Selepas melengkapkan larian, anda boleh melihat latihan yang telah diselesaikan dalam app Aktiviti
atau dalam app Kecergasan pada iPhone.
Mulakan latihan pada Apple Watch

Sesuaikan paparan latihan
Anda boleh memilih paparan latihan yang anda mahu lihat semasa larian anda (seperti Segmen, Ketinggian dan Pisah) dan kemudian susun semula paparan berdasarkan keutamaan anda. Ketik bersebelahan Larian Luar atau Dalaman, ketik Keutamaan di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Paparan Latihan.
Paparan latihan menampilkan metrik seperti kadar jantung, kadar purata, ayunan menegak, masa sentuhan tanah, panjang langkah, kuasa berlari dan banyak lagi. Untuk mengedit metrik yang anda mahu lihat dalam paparan latihan Metrik, ketik .

Berlari dengan cara anda
Dalam app Latihan, anda boleh menyediakan latihan berlari yang berfungsi terbaik untuk anda. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan Pemacu untuk mengesetkan kadar berlari dan melihat jika anda berada di hadapan atau ketinggalan, menandingi masa terakhir atau masa terbaik dalam laluan anda dengan Laluan Perlumbaan, atau mendapatkan masa pusingan dalam laluan yang tepat dengan Pengesanan Trek.
Jika anda mahu menyesuaikan latihan anda, ketik bersebelahan Larian Luar atau Dalaman, putar Digital Crown untuk menskrol ke bawah, kemudian ketik Cipta Latihan. Anda boleh menambah masa panas badan dan sejuk badan, mengesetkan isyarat, menambah selang kerja dan pemulihan serta banyak lagi.

Jejak beban latihan anda
Gunakan Beban Latihan pada Apple Watch anda untuk melihat cara keamatan latihan anda mungkin memberi kesan pada badan anda mengikut masa. Pergi ke app Aktiviti , ketik
, kemudian putar Digital Crown untuk melihat beban latihan anda dalam 7 hari lalu. Anda juga boleh melihat tanda vital semalaman anda untuk cerapan tambahan.

Berlari dengan Apple Watch Ultra
Pada model Apple Watch Ultra, anda boleh menggunakan butang Tindakan untuk memulakan latihan berlari dan menandakan segmen.
Anda juga boleh menggunakan Permulaan Kejituan untuk memulakan latihan tanpa kira detik. Selepas memilih latihan berlari, leret ke kiri dan ketik Mula (atau tekan butang Tindakan jika anda telah mengesetkannya ke Latihan).
Dan banyak lagi…
![]() Gunakan app pihak ketiga Apabila anda telah melengkapkan latihan berlari dengan app pihak ketiga, anda boleh melihat ringkasan dalam app Kecergasan pada iPhone. Anda juga boleh melihat latihan yang anda telah selesaikan dalam app Latihan dalam app pihak ketiga yang serasi. Selaraskan app latihan pihak ketiga ke Kecergasan pada iPhone | ![]() Mainkan audio Semasa latihan, anda boleh mendengar muzik, podcast dan buku audio, serta mengawal main balik pada Apple Watch anda. |
![]() Mulakan sesi Periksa Anda boleh menggunakan Periksa untuk memaklumkan kepada rakan secara automatik apabila sesi latihan telah selesai, selepas tempoh masa khusus telah berlalu atau apabila anda telah tiba di destinasi anda. | ![]() Hantar mesej Hantar dan balas mesej semasa anda keluar berlari. |
![]() Buat panggilan telefon Gunakan app Telefon untuk membuat dan menjawab panggilan telefon semasa anda berlari. | ![]() Beli item Anda boleh menggunakan Apple Watch anda untuk membeli item seperti air botol. |