Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- ECG
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Kini Dimainkan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Gunakan app Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Walkie-Talkie
- Jam Dunia
-
- VoiceOver
- Sediakan Apple Watch menggunakan VoiceOver.
- Asas Apple Watch dengan VoiceOver
- Pencerminan Apple Watch
- Kawal peranti berdekatan
- AssistiveTouch
- Gunakan paparan braille
- Gunakan papan kekunci Bluetooth
- Zum
- Ketahui masa dengan maklum balas haptik
- Laraskan saiz teks dan seting visual lain
- Laraskan seting kemahiran motor
- Sediakan dan gunakan RTT
- Seting audio kebolehcapaian
- Taip untuk bercakap
- Buka app difokus secara automatik
- Gunakan ciri kebolehcapaian dengan Siri
- Pintasan Kebolehcapaian
- Hak cipta dan tanda dagangan
Batalkan berpasangan dan padamkan Apple Watch
Terdapat dua cara untuk mengeluarkan kandungan dan seting Apple Watch anda:
Batalkan berpasangan Apple Watch anda daripada iPhone anda. Perkara ini memadamkan kandungan dan mengeluarkan Kunci Pengaktifan, yang menghalang orang lain daripada mengaktifkannya. Lakukan ini jika anda merancang untuk menjual atau memberi Apple Watch anda.
Padamkan Apple Watch anda. Perkara ini memadamkan semua kandungan dan seting daripada Apple Watch, tetapi meninggalkannya berpasangan dengan iPhone anda. Lakukan ini jika anda merancang untuk menyimpan Apple Watch anda dan hanya mahu meresetnya.
Nyahpasang Apple Watch dan keluarkan Kunci Pengaktifan
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, kemudian ketik Semua Jam.
Ketik
di sebelah jam anda, kemudian ketik Batalkan Berpasangan Apple Watch.
Apple Watch anda dipadamkan dan dikeluarkan daripada akaun iCloud anda, Kunci Pengaktifan dikeluarkan dan jam anda sedia untuk disediakan lagi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel sokongan Apple Perihal Kunci Pengaktifan pada Apple Watch anda.
Padam Apple Watch dan seting
Untuk memadamkan Apple Watch anda tanpa membatalkan berpasangannya, ikuti langkah ini.
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Pergi ke Umum > Reset, kemudian ketik Padam Semua Kandungan dan Seting, kemudian masukkan kod laluan anda.
Jika anda mempunyai Apple Watch dengan selular, pilih untuk menyimpan atau mengeluarkan pelan selular anda.
Simpan pelan anda jika anda mahu memasangkan Apple Watch dan iPhone anda lagi.
Keluarkan pelan anda jika anda mahu memasangkan Apple Watch anda dengan iPhone lain atau berniat untuk membatalkan langganan selular anda. (Hubungi pembawa anda untuk membatalkan langganan anda.)
Setelah proses selesai, sediakan jam anda lagi. Apabila diminta, pulihkan daripada sandaran.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, pergi ke Umum > Reset, kemudian ketik Padam Kandungan dan Seting Apple Watch.
Nota: Jika anda tidak boleh mengakses app Seting pada Apple Watch anda kerana anda terlupa kod laluan, anda mesti meresetnya.
Keluarkan pelan selular anda
Jika anda mempunyai Apple Watch dengan selular, anda boleh mengeluarkan pelan selular pada bila-bila masa.
Buka app Apple Watch pada iPhone anda.
Ketik Jam Saya, ketik Selular, kemudian ketik
bersebelahan pelan selular anda.
Ketik Keluarkan Pelan [nama pembawa], kemudian sahkan pilihan anda.
Anda mungkin perlu menghubungi pembawa anda untuk mengeluarkan Apple Watch ini daripada pelan anda.