Jejak kehamilan anda dengan Apple Watch
Apabila anda mengelog kehamilan dalam app Kesihatan pada iPhone atau iPad, anda boleh melihat umur gestasi anda pada Apple Watch dan mengelog pendarahan serta simptom. App Kesihatan pada iPhone dan app Penjejakan Kitaran pada Apple Watch boleh membantu anda memahami data semasa kehamilan anda dengan lebih baik dengan membuat pelarasan dan pengesyoran untuk menunjukkan perubahan dalam kesihatan fizikal dan mental anda.
Log kehamilan pada iPhone atau iPad

Pergi ke app Kesihatan
pada iPhone atau iPad.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada iPhone: Ketik Layari, kemudian ketik Penjejakan Kitaran.
Pada iPad: Ketik bar sisi, kemudian ketik Penjejakan Kitaran.
Skrol bawah, ketik Faktor, kemudian ketik Tambah Faktor.
Ketik Kehamilan, kemudian ketik Mula.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Log hari pertama haid terakhir anda: Ketik Tempoh Haid Terakhir.
Log anggaran tarikh dijangka bersalin: Ketik Anggaran Tarikh Dijangka Bersalin.
Log sejauh mana kehamilan anda dalam minggu: Ketik Anggaran Umur Gestasi.
Log masa embrio dipindahkan semasa IVF: Ketik Tarik Pemindahan Embrio.
Nota: Untuk mengelog kehamilan sebelumnya, ketik Log Kehamilan Lama.
Ketik Seterusnya, ikuti arahan pada skrin, kemudian ketik Seterusnya.
Ketik Seterusnya, kemudian ikuti arahan atas skrin untuk memilih sama ada anda mahu menambah kehamilan anda ke ID Perubatan anda dan menyemak ubat anda.
Jika anda telah mengelog ubat sebelum ini, anda mungkin dimaklumkan jika ubat anda mungkin berbahaya kepada kehamilan anda.
Nota: Tidak tersedia untuk semua ubat.
Semak Garis Masa Kitaran, kemudian ketik Selesai.
Semasa mengelog kehamilan, anda mendapat pelbagai pengesyoran pemberitahuan yang perlu diaktifkan atau dinyahaktifkan semasa dan selepas kehamilan:
Kestabilan Berjalan: Disyorkan untuk diaktifkan. Kestabilan Berjalan boleh mengisyaratkan anda lebih cepat semasa trimester ketiga anda, pada masa risiko terjatuh meningkat.
Kadar Jantung Tinggi (Apple Watch sahaja): Jika ambang pemberitahuan kadar jantung tinggi anda disetkan di bawah 120 denyutan seminit (bpm), anda akan diminta untuk menyemak dan melaraskannya.
Kecergasan Kardio (Apple Watch sahaja): Pemberitahuan Kecergasan Kardio disyorkan untuk dinyahaktifkan semasa dan sehingga 12 minggu selepas kehamilan anda tamat.
Untuk menyemak seting pemberitahuan kesihatan anda, lihat Semak Senarai Semak Kesihatan anda dalam Panduan Pengguna iPhone.
Lihat ringkasan kehamilan anda

Pergi ke app Penjejakan Kitaran
pada Apple Watch anda.
Ketik
di penjuru kiri atas untuk melihat umur gestasi, anggaran tarikh dijangka bersalin dan haid terakhir anda.
Log pendarahan dan simptom lain
Pergi ke app Penjejakan Kitaran
pada Apple Watch anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Log pendarahan: Dengan hari ditunjukkan dalam garis masa, ketik Log. Ketik Pendarahan Semasa Kehamilan, ketik Mengalami Pendarahan, ketik paras pendarahan, kemudian ketik Selesai.
Nota: Jika anda telah mengelog pendarahan semasa kehamilan, anda menerima pemberitahuan yang mengesyorkan anda menghubungi doktor atau pasukan penjagaan anda.
Log simptom atau maklumat lain: Dengan hari ditunjukkan dalam garis masa, ketik Log. Ketik Simptom, pilih pilihan, kemudian ketik Selesai.
Simptom anda yang terbaharu dilog kelihatan di bawah Simptom Terbaharu.