
Tukar seting Fokus pada Mac
Pada Mac anda, gunakan seting Fokus untuk menyediakan Fokus yang boleh meminimumkan gangguan perhatian dengan menjeda dan menyenyapkan semua pemberitahuan atau membenarkan pemberitahuan hanya daripada orang atau app tertentu. Ketahui cara untuk menyediakan Fokus.
Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Seting Fokus
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Senarai Fokus | Senarai menunjukkan setiap Fokus yang anda tambah atau cipta pada Mac anda dan pada peranti Apple anda yang lain (jika anda mengaktifkan “Kongsi merentas peranti”). Fokus Jangan Ganggu sentiasa tersedia. Klik Fokus untuk menukar setingnya atau untuk mengeluarkannya. Lihat Butiran Fokus di bawah. |
Tambah Fokus | Cipta Fokus baharu.
Selepas anda mencipta Fokus baharu, anda boleh menentukan seting untuknya. Lihat Butiran Fokus di bawah. |
Kongsi merentas peranti | Pastikan seting Fokus anda terkini merentas peranti Apple anda apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama. |
Status Fokus | Maklumkan kenalan yang menghantar mesej kepada anda bahawa anda telah menyenyapkan pemberitahuan. Jika sesuatu adalah penting, mereka boleh memilih untuk memaklumkan anda. Untuk berkongsi status anda, klik “Status fokus”, aktifkan “Kongsi status Fokus”, kemudian aktifkan setiap Fokus yang anda mahu kongsikan status anda. Jika anda tidak mahu berkongsi status anda, klik “Status fokus”, kemudian nyahaktifkan “Kongsi status Fokus”. |
Butiran Fokus
Pilihan | Perihalan |
---|---|
nama fokus | Klik ikon bersebelahan nama Fokus untuk menukar nama, warna, atau ikon Fokus yang dipilih. Jika anda memilih Fokus yang disediakan (seperti Membaca atau Kerja), anda hanya boleh menukar warna dan ikonnya sahaja. Untuk memulihkan warna dan ikon lalai untuk Fokus yang disediakan, klik Jika anda memilih Fokus Jangan Ganggu, anda tidak boleh menukar nama, warna atau ikonnya. |
Pemberitahuan Pintas & Penyenyapan Pintar | Apabila Pemberitahuan Pintas & Penyenyapan Pintar aktif, Apple Intelligence membenarkan pemberitahuan penting mengganggu anda secara pintar dan menyenyapkan pemberitahuan yang ditentukan sebagai tidak penting. Lihat Ringkaskan pemberitahuan dan kurangkan gangguan dengan Apple Intelligence. Nota: Apple Intelligence tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk menyemak sama ada Apple Intelligence tersedia untuk peranti, bahasa dan rantau anda, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence. |
Orang Dibenarkan | Benarkan pemberitahuan daripada orang dipilih. |
Benarkan App | Benarkan pemberitahuan daripada app dipilih. |
Setkan Jadual | Aktifkan Fokus secara automatik pada masa disetkan, lokasi atau semasa menggunakan app tertentu. |
Penapis Fokus | Sesuaikan cara Kalendar, Mail, Mesej atau Safari bertindak apabila Fokus ini aktif. |
Padam Fokus | Keluarkan Fokus. Fokus tersuai dipadamkan. Fokus yang disediakan, seperti Membaca dan Sedar Minda, dikeluarkan daripada senarai tetapi masih tersedia untuk ditambah semula kemudian. |