
Tukar keutamaan Fokus pada Mac
Pada Mac anda, gunakan Keutamaan Sistem Fokus untuk menyediakan Fokus yang boleh meminimumkan gangguan perhatian dengan menjeda dan menyenyapkan semua pemberitahuan atau membenarkan pemberitahuan hanya daripada orang atau app tertentu. Ketahui cara untuk menyediakan Fokus.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple , kemudian klik Fokus.
Buka keutamaan Pemberitahuan & Fokus untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Senarai Fokus | Senarai menunjukkan setiap Fokus yang anda tambah atau cipta pada Mac anda dan pada peranti Apple anda yang lain (jika anda memilih kotak semak “Kongsi merentas peranti”). Fokus Jangan Ganggu sentiasa tersedia. |
Tambah | Tambah Fokus disediakan, seperti Permainan atau Kerja, atau cipta Fokus tersuai. |
Keluarkan | Keluarkan Fokus. Fokus tersuai dipadamkan. Fokus yang disediakan, seperti Membaca dan Sedar Minda, dikeluarkan daripada senarai tetapi masih tersedia untuk ditambah semula kemudian. |
Edit | Tukar nama, warna, atau ikon Fokus tersuai. |
Kongsi merentas peranti | Pastikan Fokus anda terkini merentas peranti Apple anda apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama. |
Butang Fokus | Aktifkan atau nyahaktifkan Fokus dipilih. Apabila anda mengklik butang untuk mengaktifkan Fokus—sebagai contoh, Jangan Ganggu atau Peribadi—butang bertukar warna untuk menunjukkan bahawa Fokus aktif. |
Pemberitahuan Dibenarkan Daripada | Menyenaraikan orang dan app yang pemberitahuannya dibenarkan apabila Fokus yang dipilih aktif. Lakukan mana-mana antara yang berikut:
|
Pilihan | Benarkan pemberitahuan sensitif masa atau pemberitahuan untuk panggilan telefon apabila Fokus dipilih sedang aktif.
|
Aktifkan Secara Automatik | Menyenaraikan masa, lokasi, atau app yang digunakan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Fokus yang dipilih secara automatik. Lakukan mana-mana antara yang berikut:
|
Kongsi Status Fokus | Maklumkan kenalan yang menghantar mesej kepada anda bahawa anda telah menyenyapkan pemberitahuan. Jika sesuatu adalah penting, mereka boleh memilih untuk memaklumkan anda. Jika anda tidak mahu berkongsi status anda, nyahpilih kotak semak. |