Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari dalam app Apple TV pada Mac
Gunakan Cari dalam app Apple TV untuk mencari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon, genre dan banyak lagi.

Pergi ke app Apple TV
pada Mac anda.
Klik medan carian dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Layari item yang kelihatan dalam kategori aliran.
Masukkan istilah carian dalam medan carian, kemudian tekan Return.
Petua: Apabila anda mahu mencari, hanya terangkan perkara yang anda cari menggunakan bahasa tabii—contohnya, “drama popular dengan kejutan” atau “filem animasi yang sesuai untuk seluruh keluarga”.
Klik item untuk melihat penilaian, perihalan dan maklumat pembelian atau sewaan.
Lihat jugaApp Apple TV pada Mac sekilas pandang