
Tukar seting Sambungan untuk app web pada Mac
Dalam Safari pada Mac, anda boleh menukarkan sebarang tapak web menjadi app dengan menambahnya ke Dock. Lihat Tukar tapak web menjadi app dalam Safari.
Selepas anda menambah app web ke Dock, anda boleh menukar setingnya. Gunakan seting Sambungan untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan sambungan dan untuk menukar seting sambungan.
Untuk menukar seting ini, klik app web dalam Dock untuk membukanya, klik nama app dalam bar menu dan pilih Seting, kemudian klik Sambungan.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Senarai sambungan yang dipasang (di sebelah kiri) | Tunjukkan sambungan mana dipasang pada Mac anda. Pilih mana-mana untuk melihat atau mengubah setingnya. Sambungan Safari dikemas kini secara automatik dengan appnya. | ||||||||||
Kotak semak sambungan (di sebelah kiri) | Aktifkan atau nyahaktifkan sambungan dengan memilih kotak semak bersebelahannya. | ||||||||||
Seting sambungan (di kanan) | Lihat atau ubah seting untuk sambungan yang dipilih. | ||||||||||
Kosongkan Storan (tidak tersedia untuk semua sambungan) | Kosongkan storan yang digunakan oleh sambungan jika ia menggunakan lebih banyak ruang cakera daripada dijangka. | ||||||||||
Edit Tapak Web (tidak tersedia untuk semua sambungan) | Berikan keizinan kepada sambungan untuk membaca dan mengubah tapak web yang anda pilih, serta untuk melihat sejarah pelayaran anda. | ||||||||||
Sentiasa Benarkan pada Setiap Tapak Web (tidak tersedia untuk semua sambungan) | Berikan keizinan kepada sambungan untuk membaca dan mengubah semua tapak web yang anda lawati, serta untuk melihat semua aktiviti anda dalam app ini. |