
Tukar seting Wi-Fi dalam keutamaan Rangkaian pada Mac
Gunakan anak tetingkap Wi-Fi daripada keutamaan Rangkaian pada Mac anda untuk menyedia dan mengurus sambungan Wi-Fi anda.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple , kemudian pilih Wi-Fi dalam senarai perkhidmatan.
Jika terdapat kunci di bahagian kiri bawah anak tetingkap Rangkaian, kliknya untuk membuka kunci anak tetingkap keutamaan.
Buka keutamaan Rangkaian untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Senarai Perkhidmatan | Senarai perkhidmatan rangkaian. Cipta perkhidmatan rangkaian baharu: Klik butang Tambah Keluarkan perkhidmatan rangkaian: Pilih perkhidmatan rangkaian yang anda mahu keluarkan, kemudian klik butang Keluarkan Uruskan perkhidmatan rangkaian: Klik menu timbul Tindakan | ||||||||||
Status | Status sambungan Wi-Fi.
| ||||||||||
Aktifkan Wi-Fi Nyahaktifkan Wi-Fi | Aktifkan atau nyahaktifkan Wi-Fi. | ||||||||||
Nama Rangkaian | Pilih rangkaian dari menu timbul. Jika rangkaian dilindungi dengan kata laluan, anda digesa untuk memasukkannya. | ||||||||||
Sertai rangkaian ini secara automatik | Bersambung ke rangkaian ditentukan secara automatik apabila tersedia. | ||||||||||
Minta untuk menyertai Hotspot Peribadi | Terima pemberitahuan tentang Hotspot Peribadi tersedia apabila tiada rangkaian Wi-Fi dikenali ditemui. | ||||||||||
Hadkan Penjejakan Alamat IP | Hadkan penjejakan alamat IP dengan menyembunyikan alamat IP ada daripada penjejak yang diketahui dalam Mail dan Safari. Jika anda melanggan iCloud+ dan mengaktifkan Geganti Peribadi dalam keutamaan iCloud, ia dinyahaktifkan apabila anda menyahpilih pilihan ini. Lihat Gunakan Geganti Peribadi iCloud pada Mac. Nota: Geganti Peribadi iCloud kini dalam beta. | ||||||||||
Minta untuk menyertai rangkaian baharu | Terima pemberitahuan apabila rangkaian yang anda belum sertai sebelum ini tersedia. | ||||||||||
802.1X: <nama profil> Bersambung | Sertai rangkaian yang dilindungi oleh 802.1X. Pilihan ini tersedia jika anda mempunyai profil dipasang untuk rangkaian yang dilindungi oleh 802.1X. | ||||||||||
Tunjukkan status Wi-Fi dalam bar menu | Sertakan ikon status Wi-Fi Status Wi-Fi sentiasa tersedia dalam Pusat Kawalan. Anda juga boleh menggunakan keutamaan Dock & Bar Menu untuk memilih sama ada untuk menyertakan ikon status Wi-Fi dalam bar menu. Lihat Ikon menu Wi-Fi untuk Mac. | ||||||||||
Lanjutan | Setkan atau lihat pilihan Wi-Fi tambahan seperti rangkaian Wi-Fi pilihan, keperluan untuk kebenaran pentadbir, konfigurasi TCP/IP, seting DNS, seting WINS, profil konfigurasi 802.1X, seting pelayan proksi dan seting perkakasan. Option-klik Lanjutan jika anda juga mahu mengesetkan pilihan untuk menentukan rangkaian yang perlu dianggap tersembunyi atau kata laluan Wi-Fi yang boleh dikongsi. Lihat Tukar pilihan Wi-Fi dalam keutamaan Rangkaian. |