
Jika anda tidak dapat menyambung ke rangkaian Wi-Fi pada Mac
Jika anda sedang menghadapi masalah menyambung ke rangkaian Wi-Fi, terdapat beberapa penyelesaian yang anda boleh cuba.
Pastikan Wi-Fi dihidupkan. Anda boleh menggunakan ikon status Wi-Fi
dalam bar menu untuk mengaktifkan Wi-Fi. Lihat Gunakan menu status Wi-Fi.
Anda mungkin berada di luar jarak lingkungan. Pastikan Mac anda berada dalam julat rangkaian wayarles tersebut.
Perkhidmatan Wi-Fi mungkin tidak tersedia dalam seting Rangkaian. Lihat Jika anda tidak melihat Wi-Fi dalam seting Rangkaian.
Jika anda bersambung ke rangkaian wayarles dicipta oleh stesen pangkalan AirPort atau AirPort Time Capsule, mulakan semula peranti dengan mencabut kord kuasa. Tunggu beberapa minit, kemudian pasangkan kembali kord kuasa. Selepas rangkaian tersedia, cuba bersambung semula.