
Tambah perkhidmatan rangkaian
Perkhidmatan rangkaian adalah sekumpulan seting untuk port rangkaian tertentu (penyambung rangkaian fizikal, seperti port Ethernet atau kad Wi-Fi komputer anda) atau antara muka rangkaian lain (seperti VPN).
Secara lalai, keutamaan Rangkaian telah termasuk perkhidmatan untuk setiap port rangkaian anda.
Pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Rangkaian.
Klik butang Tambah
di bahagian bawah sebelah kiri senarai.
Klik menu timbul Antara Muka, pilih antara muka rangkaian, seperti Wi-Fi atau Ethernet, berikan nama perkhidmatan, kemudian klik Cipta.
Pilih perkhidmatan baru dalam senarai, kemudian masukkan seting yang sesuai.
Untuk mengubah konfigurasi yang mana digunakan dahulu apabila lebih daripada satu aktif, klik menu timbul Tindakan
di bawah senarai, kemudian pilih Setkan Urutan Perkhidmatan. Seret perkhidmatan yang anda ingin mula-mula guna ke bahagian atas senarai.