
Tukar keutamaan Desktop pada Mac
Pada Mac anda, gunakan anak tetingkap Desktop pada Keutamaan Sistem Desktop & Penyelamat Skrin untuk menukar gambar atau warna yang ditunjukkan pada desktop anda (kawasan latar belakang skrin). Ketahui cara menyesuaikan gambar desktop.
Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple , kemudian klik Desktop.
Buka anak tetingkap Desktop untuk saya
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Imej kecil gambar desktop semasa | Gambar desktop yang sedang digunakan pada Mac anda. Untuk memilih sama ada imej boleh bertukar atau disetkan ke versi cerah atau gelap, klik menu timbul (jika tersedia) di sebelah imej kecil, kemudian pilih pilihan. |
Senarai gambar, warna dan folder | Pilih item di sebelah kiri, kemudian di sebelah kanan, klik gambar atau warna untuk digunakan sebagai gambar desktop anda. Untuk sesetengah gambar, anda mesti mengklik ikon muat turun Gambar desktop Dinamik serta Cerah dan Gelap bertukar secara automatik sepanjang hari berdasarkan lokasi semasa anda. Jika Perkhidmatan Lokasi dinyahaktifkan dalam keutamaan Privasi, gambar bertukar berdasarkan zon waktu yang ditentukan dalam keutamaan Tarikh & Masa. Sesetengah gambar menyediakan imej pegun supaya gambar tidak mengganggu penampilan desktop. Sebagai contoh, jika anda memilih penampilan gelap semasa persediaan macOS, gambar desktop disetkan ke imej pegun gelap. Untuk menggunakan atau berhenti menggunakan imej pegun (jika tersedia), klik menu timbul di sebelah imej kecil, kemudian pilih pilihan. Jika foto anda tidak ditunjukkan, ia mungkin bukan dalam format yang dijangkakan—JPEG, PICT, TIFF, PNG, atau HEIC. Gunakan Pratonton untuk membuka foto anda dan menyimpannya dalam salah satu format. Jika foto anda ditunjukkan tetapi kelihatan kabur, cuba gunakan yang lebih besar, seperti 1024 x 768 piksel. |
Tambah | Untuk menggunakan imej daripada folder lain, klik butang Tambah |
Keluarkan | Untuk mengeluarkan folder yang anda tambah, pilihnya, kemudian klik butang Keluarkan |
Menu timbul Isikan Skrin | Apabila anda memilih gambar daripada Foto atau Folder, pilih cara anda mahu mengaturnya pada skrin—sebagai contoh, memenuhi skrin atau ketengahkan gambar. Untuk sesetengah pilihan, anda boleh memilih warna yang kelihatan di sekeliling gambar. Sesetengah pilihan mungkin mengherotkan gambar. |
Mengubah gambar | Bolehkan Mac anda mengitar melalui semua gambar tersedia dalam item atau folder yang anda pilih dalam senarai di sebelah kiri secara automatik. Klik menu timbul, kemudian pilih kekerapan untuk menukar gambar—sebagai contoh, setiap jam. Pilihan ini mungkin menjejaskan prestasi sesetengah app, seperti permainan, yang menggunakan banyak grafik. |
Susunan rawak | Apabila anda memilih kotak semak untuk menukar gambar, anda boleh memaparkan gambar dalam susunan rawak. |
Jika anda memutuskan untuk tidak menggunakan gambar dimuat turun dan mahu memadamkannya daripada Mac anda, Control-klik gambar di sebelah kanan anak tetingkap, kemudian pilih Keluarkan Muat Turun.