
Lihat versi lebih besar teks yang anda baca atau taipkan pada Mac
Dengan Teks Terapung pada Mac, anda boleh mengerakkan penuding ke atas teks yang anda baca untuk melihat versi yang lebih besar. Atau gunakan Penaipan Terapung untuk memaparkan versi teks yang lebih besar dan boleh diedit semasa anda menaip.

Tunjukkan versi teks yang lebih besar apabila anda menggerakkan penuding di atasnya
Dengan Teks Terapung, anda boleh menuding pada teks dan item lain pada skrin (seperti ikon app) untuk melihat versi lebih besar untuk perkara di bawah penuding.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Kebolehcapaiandalam bar sisi, kemudian klik Teks Terapung. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan Teks Terapung.
Gerakkan penuding ke atas teks pada skrin, kemudian tekan dan tahan kekunci Command untuk memapatkan versi lebih besar teks.
Petua: Buatkan tetingkap Teks Terapung dipaparkan secara automatik apabila anda menggerakkan penuding ke atas teks, tanpa perlu menekan dan menahan kekunci setiap kali. Pilih menu Apple dalam bar sisi, kemudian klik Teks Terapung (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik
bersebelahan Teks Terapung, kemudian aktifkan “Tekan pengubah suai tiga kali untuk mengesetkan kunci pengaktifan”. Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan kunci pengaktifan, tekan kekunci Command tiga kali dengan cepat.
Anda boleh menukar kekunci yang anda tekan untuk mengaktifkan Teks Terapung dan kunci pengaktifan. Klik menu timbul “Pengubah suai pengaktifan”, kemudian pilih kekunci lain.
Tunjukkan versi lebih besar teks yang anda taip
Dengan Penaipan Terapung, anda boleh memaparkan tetingkap berasingan dengan versi lebih besar untuk perkara yang anda taipkan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Kebolehcapaiandalam bar sisi, kemudian klik Teks Terapung. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan Penaipan Terapung.
Semasa anda menaip dalam medan entri teks, versi lebih besar perkara yang anda taipkan dipaparkan.
Untuk menyembunyikan tetingkap Penaipan Terapung buat sementara, tekan kekunci Esc (Escape). Tetingkap kelihatan semula apabila anda mula menaip lagi.
Anda boleh menukar tempat tetingkap Penaipan Terapung kelihatan. Pilih menu Apple dalam bar sisi, kemudian klik Teks Terapung (anda mungkin perlu skrol ke bawah). Klik
bersebelahan Penaipan Terapung, klik menu timbul “Lokasi entri teks”, kemudian pilih lokasi.
Sesuaikan Teks Terapung atau Penaipan Terapung
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Kebolehcapaiandalam bar sisi, kemudian klik Teks Terapung. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik
bersebelahan Teks Terapung atau Penaipan Terapung, kemudian sesuaikan mana-mana daripada berikut:
Penampilan: Pilih saiz, fon dan warna teks dalam tetingkap Teks Terapung atau Penaipan Terapung, atau pilih warna tetingkap.
Warna serlahan elemen: Pilih warna untuk menggariskan teks atau medan entri teks yang anda letakkan penuding di atasnya.