
Tukar keutamaan Bayaran & Penghantaran untuk Apple ID anda pada Mac
Pada Mac anda, gunakan keutamaan Bayaran & Penghantaran untuk menukar maklumat bayaran dan penghantaran yang berkaitan dengan Apple ID anda. Ketahui cara menyediakan kaedah bayaran dan alamat penghantaran Apple ID anda.

Untuk menukar keutamaan ini, pilih menu Apple
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kaedah Bayaran | Anda boleh menggunakan pelbagai kaedah bayaran dengan Apple ID anda. Anda boleh menyediakan kaedah bayaran pada iPhone atau iPad menggunakan seting Apple ID anda. Untuk iPhone atau iPad yang menjalankan iOS 12.2 atau lebih awal, gunakan App Store. Pada Mac atau PC, gunakan Mac App Store atau iTunes (jika tersedia). | ||||||||||
Baki Apple Cash | Memaparkan Baki Apple Cash anda, yang anda boleh gunakan dengan iPhone, iPad, atau Apple Watch serasi Apple Pay yang didaftar masuk dengan Apple ID anda. | ||||||||||
Alamat Penghantaran | Klik “Tambah alamat penghantaran” untuk memasukkan nama dan alamat penghantaran anda untuk digunakan bagi menghantar pembelian. Klik Edit untuk menukar maklumat penghantaran anda. |