
Tukar keutamaan Keselamatan Komunikasi dalam Masa Skrin pada Mac
Gunakan keutamaan Keselamatan Komunikasi Masa Skrin untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan pengesanan foto bogel dalam app Mesej (macOS Monterey 12.1 atau lebih baharu, iOS 15.2 atau lebih baharu, atau iPadOS 15.2 atau lebih baharu; tidak tersedia di semua negara atau rantau). Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Perihal keselamatan komunikasi dalam Mesej.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple , pilih anak, kemudian pilih Keselamatan Komunikasi dalam bar sisi.
Nota: Anak tetingkap Keselamatan Komunikasi hanya tersedia jika anak ialah sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga.
Pilihan | Perihalan | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Semak Foto Sensitif | Tunjukkan amaran kepada anak apabila mereka menghantar atau menerima foto dalam app Mesej yang mengandungi kebogelan. | ||||||||||
Lihat Sumber Keselamatan Kanak-kanak | Lihat sumber yang anda boleh gunakan untuk memudahkan perbualan dengan anak anda tentang keselamatan digital. | ||||||||||
Tingkatkan Keselamatan Komunikasi | Hantarkan analitis dan data penggunaan kepada Apple untuk meningkatkan keselamatan komunikasi. | ||||||||||
Ketahui Lebih Lanjut | Lihat maklumat tambahan tentang keselamatan komunikasi dalam app Mesej. |