
App untuk semua yang anda mahu lakukan

Jadikan syot terbaik anda lebih baik
Alat pengeditan yang berkuasa dalam app Foto pada Mac anda yang membenarkan anda untuk mengedit seperti pro—walaupun jika anda orang baru. Baiki mata merah, jadikan warna lebih terang, laraskan cahaya dan banyak lagi.

Dapatkan filem dan rancangan TV anda di satu tempat
Malapkan cahaya, duduk dengan selesa dan tonton filem dan rancangan TV kegemaran anda—sama ada anda strim, beli, atau sewa—terus daripada Mac anda dengan app Apple TV.

Nikmati lagu terkini
App Muzik pada Mac anda menjadikannya mudah untuk mendengar lagu kegemaran anda sementara anda bekerja. Sertai Apple Music dan pilih daripada berjuta-juta lagu untuk strim, muat turun dan main pada bila-bila masa anda memerlukan inspirasi yang baru.

Cari app kegemaran anda yang seterusnya
Mac App Store membantu anda menemui app dan permainan yang baru dan dikemas kini, dengan pengesyoran dan tutorial pakar—dan juga video untuk pratonton cara app berfungsi sebelum anda memuat turunnya.