
Tambah atau keluarkan nombor telefon dipercayai pada Mac
Nombor telefon dipercayai ialah nombor telefon yang digunakan untuk mengesahkan identiti anda apabila anda mendaftar masuk pada peranti atau pelayar berbeza.
Anda mesti mengesahkan sekurang-kurangnya satu nombor telefon dipercayai apabila anda mendaftar dalam pengesahan dua faktor. Anda juga harus mempertimbangkan untuk mengesahkan nombor telefon lain yang boleh anda akses seperti telefon rumah, atau nombor yang digunakan oleh ahli keluarga atau rakan karib.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik [nama anda] di bahagian atas bar sisi.Jika anda tidak melihat nama anda, klik Daftar masuk dengan Apple ID anda untuk memasukkan Apple ID anda atau untuk mencipta Apple ID.
Klik Kata Laluan & Keselamatan di sebelah kanan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tambah nombor telefon: Klik butang Tambah
di bawah Nombor Telefon Dipercayai. Jika digesa, masukkan kata laluan Apple ID anda atau kata laluan log masuk Mac. Masukkan nombor telefon yang boleh digunakan untuk mengesahkan identiti anda. Pilih sama ada anda mahu untuk dihubungi melalui teks atau panggilan telefon, kemudian klik Teruskan. Masukkan kod yang dihantar ke nombor telefon dan klik Seterusnya. Nombor telefon dipercayai anda muncul dalam senarai.
Keluarkan nombor telefon: Pilih nombor telefon, klik butang Keluarkan
, kemudian klik Keluarkan.
Nota: Anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu nombor telefon dipercayai apabila anda menggunakan pengesahan dua faktor. Jika anda mempunyai hanya satu nombor telefon yang dipercayai, ia tidak boleh dikeluarkan.
Anda juga boleh mengurus peranti dan nombor telefon dipercayai anda dengan mendaftar masuk ke halaman akaun Apple ID anda.