
Setkan, tukar, atau keluarkan kod laluan Masa Skrin pada Mac
Anda boleh menggunakan kod laluan untuk mengelakkan perubahan kepada pengehadan Masa Skrin yang anda sediakan untuk diri anda atau ahli keluarga di bawah umur 18 tahun (umur berbeza mengikut negara atau rantau). Untuk menukar atau mengeluarkan kod laluan, anda perlu memasukkan kod laluan semasa.
Jika anda perlu mereset kod laluan, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda terlupa kod laluan Masa Skrin anda.
Sebelum anda boleh menyediakan kod laluan, anda perlu mengaktifkan Masa Skrin. Lihat Sediakan Masa Skrin untuk diri anda atau Sediakan Masa Skrin untuk anak.
Petua: Anda mungkin mahu menyimpan kod laluan Masa Skrin di tempat yang selamat sekiranya anda terlupa kod laluan, seperti dalam nota dikunci (lihat Kunci nota anda).
Setkan kod laluan Masa Skrin
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrindalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Lakukan satu daripada berikut:
Sediakan kod laluan untuk diri anda: Skrol ke bawah, kemudian aktifkan Kunci Seting Masa Skrin.
Sediakan kod laluan untuk anak: Klik menu timbul Ahli Keluarga, kemudian pilih anak. Skrol ke bawah, klik Urus Masa Skrin, kemudian aktifkan Kunci Seting Masa Skrin.
Jika anda tidak melihat menu timbul Ahli Keluarga, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dan menggunakan Perkongsian Keluarga.
Masukkan kod laluan empat digit, kemudian masukkan kod laluan lagi untuk mengesahkannya.
Semak masa terakhir kod laluan Masa Skrin digunakan
Jika anda menyediakan kod laluan Masa Skrin untuk anak, anda juga boleh menyemak masa kali terakhir kod laluan Masa Skrin digunakan serta peranti ia digunakan.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrindalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul Ahli Keluarga, kemudian pilih anak.
Jika anda tidak melihat menu timbul Ahli Keluarga, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dan menggunakan Perkongsian Keluarga.
Skrol ke bawah, klik Urus Masa Skrin, kemudian pergi ke Aktiviti Kod Laluan Masa Skrin.
Nota: Pilihan ini hanya kelihatan apabila anak telah menggunakan kod laluan pada peranti dengan macOS 15.5, iOS 18.5, iPadOS 18.5 atau lebih baharu.
Untuk menerima pemberitahuan apabila kod laluan digunakan, klik Sesuaikan Pemberitahuan, kemudian aktifkan Kod Laluan Masa Skrin.
Tukar kod laluan Masa Skrin
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrindalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Lakukan satu daripada berikut:
Tukar kod laluan untuk diri anda: Skrol ke bawah, kemudian klik Tukar Kod Laluan.
Tukar kod laluan untuk anak: Klik menu timbul Ahli Keluarga, kemudian pilih anak. Skrol ke bawah, klik Urus Masa Skrin, kemudian klik Tukar Kod Laluan.
Jika anda tidak melihat menu timbul Ahli Keluarga, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dan menggunakan Perkongsian Keluarga.
Masukkan kod laluan empat digit semasa (atau sahkan identiti anda dengan kata laluan atau Touch ID anda).
Masukkan kod laluan empat digit baharu, kemudian masukkan kod laluan baharu lagi untuk mengesahkannya.
Keluarkan kod laluan Masa Skrin
Jika anda tidak mahu memerlukan kod laluan Masa Skrin lagi, anda boleh mengeluarkannya.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrindalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Lakukan satu daripada berikut:
Keluarkan kod laluan untuk diri anda: Skrol ke bawah, kemudian nyahaktifkan Kunci Seting Masa Skrin.
Keluarkan kod laluan untuk anak: Klik menu timbul Ahli Keluarga, kemudian pilih anak. Skrol ke bawah, klik Urus Masa Skrin, kemudian nyahaktifkan Kunci Seting Masa Skrin.
Jika anda tidak melihat menu timbul Ahli Keluarga, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dan menggunakan Perkongsian Keluarga.
Masukkan kod laluan empat digit (atau sahkan identiti anda dengan kata laluan atau Touch ID anda).