Gunakan anak tetingkap Perkongsian Media pada keutamaan Perkongsian untuk mengeset pilihan untuk Perkongsian Rumah dan berkongsi pustaka media anda.
Untuk menukar keutamaan ini pada Mac anda, pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Perkongsian, kemudian pilih Perkongsian Media.
Pilihan
Perihalan
Perkongsian Media
Penunjuk status Perkongsian Media berwarna hijau apabila perkongsian media aktif.
Aktifkan perkongsian media: Pilih sama ada Perkongsian Rumah atau “Kongsi media dengan tetamu”.
Nyahaktifkan perkongsian media: Nyahpilih Perkongsian Media dalam senarai perkhidmatan.
Nama Pustaka
Nama pustaka media anda (anda boleh menukar nama). Nama ditunjukkan pada komputer lain yang berkongsi pustaka anda.
Perkongsian Rumah
Pilih Perkongsian Rumah untuk mengakses pustaka media anda pada semua peranti anda yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Pilih pilihan Perkongsian Rumah:
Peranti mengemas kini kiraan main: Apabila pilihan ini dipilih, kiraan main (bilangan kali item telah dimainkan) untuk item dalam pustaka media anda dikemas kini apabila item dimainkan pada komputer lain dalam rangkaian Perkongsian Rumah anda, atau pada iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Kongsi foto dengan Apple TV: Pilih untuk melihat foto pada Apple TV, kemudian klik Pilih untuk memilih pilihan perkongsian foto Apple TV.
Pilihan perkongsian foto Apple TV ialah:
Kongsi Foto daripada: Klik menu timbul, kemudian pilih Foto atau “Pilih folder” untuk memilih folder yang mengandungi foto.
Kongsi: Pilih sama ada “Semua foto dan album” atau “Album yang dipilih”.
Pilihan: Pilih “Sertakan video” jika anda mahu berkongsi video.
Album, Orang, atau Folder: Pilih item yang anda mahu kongsi.
Kongsi media dengan tetamu
Pilih pilihan ini untuk berkongsi pustaka media anda dengan komputer lain pada rangkaian yang sama. Untuk orang lain mengakses pustaka media anda, Mac anda mesti dihidupkan.
Klik Pilihan untuk memilih pilihan perkongsian:
Lindungi pustaka media anda: Pilih kotak semak Perlukan Kata Laluan, kemudian masukkan kata laluan.
Kongsi semua media dalam pustaka anda: Pilih “Semua lagu, filem dan rancangan TV”.
Kongsi sesetengah media sahaja: Pilih “Senarai main dipilih”, kemudian pilih item yang anda mahu kongsi.