Soalan lazim konsert app Shazam
Saya beli tiket semasa menggunakan app Shazam. Di manakah tiket tersebut?
App Shazam memautkan ke penyedia tiket dan tidak terlibat dalam transaksi tiket secara fizikal atau digital. Untuk tiket yang dibeli menerusi Bandsintown, lihat halaman penyelesaian masalah atau halaman bermula pada tapak web Bandsintown. Untuk tiket yang dibeli menerusi vendor tiket pihak ketiga, hubungi vendor tersebut secara terus.
Adakah app Shazam menyokong festival muzik?
Penampilan festival disenaraikan sebagai konsert artis mengikut tarikh dan lokasi dalam app Shazam. Ketik Tiket untuk melihat butiran festival pada halaman web jualan tiket vendor.
Adakah app Shazam menyokong penstriman langsung atau peristiwa maya buat masa ini?
Tidak buat masa sekarang.
Mengapakah saya tidak melihat maklumat konsert dalam app Shazam?
Untuk melihat butiran konsert, pastikan anda telah menaik taraf app Shazam. Maklumat konsert hanya dipaparkan jika artis melakukan jelajah (dan app mempunyai akses kepada data jelajah).
Bagaimanakah cara saya menarik diri daripada menerima pemberitahuan konsert?
Untuk menyahaktifkan pemberitahuan konsert dalam app Shazam butang Disimpan dalam Panduan Konsert pada iPhone dan iPad atau pada peranti Android.

Bolehkah saya mengakses butiran konsert semasa mengenal pasti lagu melalui Pusat Kawalan pada iPhone atau iPad?
Jika anda telah memasang app Shazam, pergi ke Pusat Kawalan, sentuh dan tahan , ketik Sejarah, kemudian ketik lagu untuk membuka skrin trek dalam app Shazam. Sebarang maklumat konsert yang tersedia dipaparkan pada skrin trek.
Mengapakah app Shazam meminta keizinan untuk menggunakan lokasi saya apabila melayari senarai konsert?
App Shazam meminta kebenaran untuk mengakses lokasi anda bagi menunjukkan konsert akan datang yang berdekatan dengan anda. Tanpa keizinan lokasi, Shazam hanya memberikan konsert akan datang di negara anda atau konsert akan datang umum untuk artis yang ditentukan.
Adakah app Shazam menjejak atau menyimpan lokasi saya?
Untuk melihat data yang dikumpul dan cara data digunakan, lihat Shazam & Privasi pada tapak web Shazam.