Daftar masuk ke Akaun Apple anda

Akaun Apple anda ialah akaun yang anda gunakan untuk mengakses perkhidmatan Apple seperti App Store, Apple Music, iCloud, FaceTime, iTunes Store dan banyak lagi.

Apabila anda pertama kali memasang Shazam pada iPhone atau iPad anda, lagu dikenal pasti anda disandarkan ke iCloud secara automatik. Lagu anda tersedia pada semua peranti Apple anda apabila anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda, Pengesahan Dua Faktor diaktifkan dan Shazam diaktifkan dalam senarai app yang menggunakan iCloud.

  1. Pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting , kemudian ketik “Daftar masuk ke [peranti] anda”.

    Nota: Jika anda telah mendaftar masuk, anda tidak akan melihat pilihan ini dan anda boleh melangkau tugas ini.

  2. Daftar masuk dengan Akaun Apple anda, kemudian ikuti sebarang arahan atas skrin.

    Jika anda tidak mempunyai Akaun Apple, lihat artikel Sokongan Apple Cara mencipta Akaun Apple baharu. Untuk mendapatkan maklumat tentang mendaftar masuk pada peranti lain, lihat artikel Sokongan Apple Daftar masuk ke Akaun Apple anda.