Adakah sistem pengendalian peranti saya terkini?
Pada iPhone atau iPad: Pergi ke Seting
> Umum, kemudian ketik Perihal. Lihat topik kemas kini dalam Panduan Pengguna iPhone atau Panduan Pengguna iPad.
Pada peranti Android: Pergi ke Seting > Perihal telefon > Maklumat perisian. Lihat artikel bantuan Android tentang mengemas kini versi Android anda pada tapak sokongan Google.
Nota: Pilihan antara muka mungkin berbeza pada versi Android yang berbeza dan pada peranti Android yang berbeza.
Pada Apple Vision Pro: Pergi ke Seting
> Umum, kemudian ketik Perihal. Lihat Kemas kini visionOS dalam Panduan Pengguna Apple Vision Pro.Pada Apple Watch: Buka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Umum, kemudian ketik Perihal. Lihat Kemas kini perisian Apple Watch dalam Panduan Pengguna Apple Watch.
Pada Mac: Klik menu Apple dalam bar menu, kemudian pilih Perihal Mac Ini. Lihat Pastikan Mac anda terkini dalam Panduan Pengguna macOS.