Sediakan Siri pada Mac

  1. Pada Mac anda, pilih menu Apple  > Seting Sistem, kemudian klik Apple Intelligence & Siri (atau Siri ) dalam bar sisi.

  2. Klik menu timbul “Dengar untuk” (atau aktifkan pilihan “Dengar untuk”), kemudian pilih frasa yang anda mahu sebutkan untuk mula menggunakan Siri.

  3. Ikuti arahan atas skrin untuk selesai menyediakan “Hai Siri” atau “Siri”.

  4. Pilihan: Untuk menambah Siri ke bar menu, klik Pusat Kawalan dalam bar sisi, skrol ke Bar Menu Sahaja, kemudian pilih Tunjukkan dalam Bar Menu dalam menu timbul Siri.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Gunakan Siri pada Mac dalam Panduan Pengguna macOS.