Tambah widget Shazam ke Skrin Utama anda pada iPhone atau iPad
Pada iPhone atau iPad anda, pergi ke halaman Skrin Utama yang anda mahu tambahkan widget, kemudian sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama sehingga app mula bergoyang.
Ketik Edit di bahagian atas skrin, kemudian ketik Tambah Widget untuk membuka galeri widget.
Skrol atau cari untuk mencari Shazam dalam senarai app, ketiknya, kemudian leret menerusi pilihan saiz.
Apabila anda melihat saiz yang anda mahu, ketik Tambah Widget.
Semasa app masih bergoyang, alihkan widget di tempat yang anda mahukan pada skrin, kemudian ketik Selesai.
Nota: Anda juga boleh menambah widget ke Skrin Kunci anda. Lihat Peribadikan Skrin Kunci baharu dalam Panduan Pengguna iPhone.
Lihat Tambah, edit dan keluarkan widget dalam Panduan Pengguna iPhone atau Panduan Pengguna iPad.