Ciri kebolehcapaian paparan dan teks untuk penglihatan
Ciri kebolehcapaian terbina dalam untuk penglihatan pada iPhone dan iPad membenarkan anda menukar ketebalan, saiz dan kegelapan teks untuk menjadikannya lebih mudah untuk dibaca pada skrin anda.
Pada peranti Android, anda juga boleh melaraskan rupa teks menggunakan ciri kebolehcapaian.
Pada iPhone atau iPad: Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Paparan & Saiz Teks, kemudian pilih seting anda. Lihat Jadikan teks iPhone lebih mudah dibaca dalam Panduan Pengguna iPhone.
Untuk melaraskan saiz teks sahaja, pergi ke Seting
> Paparan & Kecerahan > Saiz Teks, kemudian seret gelangsar.
Pada peranti Android: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Peningkatan penglihatan, kemudian pilih seting anda. Lihat artikel Bantuan Android tentang menukar seting teks dan paparan pada tapak sokongan Google.
Nota: Pilihan antara muka mungkin berbeza pada versi Android yang berbeza dan pada peranti Android yang berbeza.