
Tukar format jam bar menu pada Mac
Pada Mac anda, jam sentiasa dipaparkan dalam bar menu. Di samping menunjukkan masa dan tarikh semasa, anda kliknya untuk membuka Pusat Pemberitahuan.
Sediakan jam bar menu
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Pusat Kawalandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Pergi ke Bar Menu Sahaja, kemudian klik Pilihan Jam.
Di bawah Tarikh, setkan pilihan yang anda mahukan untuk paparan tarikh.
Tunjukkan tarikh: Klik menu timbul “Tunjukkan tarikh”, kemudian pilih masa untuk memaparkan tarikh (Apabila Terdapat Ruang, Sentiasa atau Jangan).
Tunjukkan hari dalam minggu: Paparkan hari dalam minggu sebelum tarikh.
Di bawah Masa, setkan pilihan yang anda mahukan untuk paparan masa.
Gaya: Pilih jam digital atau analog. Jika anda memilih paparan analog, pilihan yang tinggal untuk paparan masa tidak tersedia.
Tunjukkan AM/PM: Paparkan AM atau PM selepas masa.
Denyarkan pemisah masa: Aktifkan atau nyahaktifkan aksara yang memisahkan komponen masa pada selang satu saat.
Paparkan masa dengan saat: Paparkan masa sebagai Jam:Minit:Saat. Jika pilihan ini dinyahaktifkan, masa dipaparkan sebagai Jam:Minit.
Umumkan masa: Jika anda mengaktifkan pilihan ini, klik menu timbul Selang, kemudian pilih masa untuk mengumumkan waktu (pada jam, pada setengah jam atau pada suku jam).
Sesuaikan Suara: Jika anda mengakifkan “Umumkan masa”, klik Sesuaikan Suara untuk memilih suara dan mengesetkan kadar percakapan serta volum.
Jika jam bar menu dimalapkan
Jam bar menu dimalapkan apabila Fokus aktif dan menu status Fokus tidak ditunjukkan dalam bar menu. Untuk menghalang jam daripada dimalapkan, tukar seting bar menu untuk menunjukkan menu status Fokus.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Pusat Kawalandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik menu timbul Fokus, kemudian pilih Sentiasa Tunjukkan dalam Bar Menu atau Tunjukkan Apabila Aktif.
Untuk mengetahui cara menggunakan format masa 24 jam atau menukar zon waktu anda, lihat Tukar Seting Tarikh & Masa.