Kemas kini macOS

  1. Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Umum dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)

  2. Klik Kemas Kini Perisian.

    Seting Kemas Kini Perisian menunjukkan versi macOS yang dipasang pada masa ini dan sama ada kemas kini tersedia.

  3. Klik Kemas Kini Sekarang, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini macOS pada Mac.