Pengesahan dua faktor

Pengesahan dua faktor ialah lapisan keselamatan tambahan untuk Akaun Apple anda yang direka untuk memastikan hanya anda yang dapat mengakses akaun anda, walaupun orang lain mungkin mengetahui kata laluan anda.

Anda boleh menghidupkan pengesahan dua faktor serta mengurus peranti dan nombor telefon anda yang dipercayai dengan mendaftar masuk ke laman web Akaun Apple anda. Jika anda mencipta Akaun Apple baharu pada peranti dengan iOS 13.4, iPadOS 13.4, macOS 10.15.4 atau terkini, akaun anda menggunakan pengesahan dua faktor secara automatik.

Daftar untuk pengesahan dua faktor

Jika akaun anda memenuhi semua keperluan untuk pengesahan dua faktor, anda digesa untuk menghidupkannya ketika pertama kali anda menggunakan peranti.

Penting: Jika anda menggunakan pengesahan dua langkah, anda perlu mematikan ciri ini sebelum anda dapat menghidupkan pengesahan dua faktor. Untuk berbuat demikian, daftar masuk ke laman web Akaun Apple . Dalam bahagian Keselamatan, klik Edit, kemudian klik Matikan Pengesahan Dua Langkah. Anda diminta untuk mencipta soalan keselamatan baharu dan mengesahkan tarikh lahir anda. Anda akan menerima e‑mel yang mengesahkan bahawa pengesahan dua langkah untuk Akaun Apple anda dimatikan.

Gunakan pengesahan dua faktor

Setelah anda didaftarkan, apabila anda memasukkan kata laluan Akaun Apple anda pada peranti baharu buat pertama kali, anda akan diminta untuk mengesahkan identiti anda dengan kod pengesahan enam digit. Kod ini dipaparkan secara automatik pada peranti lain atau dihantar ke nombor telefon yang anda percayai. Hanya masukkan kod untuk mendaftar masuk dan mengakses maklumat anda pada peranti baharu.

Anda tidak lagi akan digesa untuk memberikan kod pengesahan pada peranti tersebut melainkan anda mendaftar keluar sepenuhnya dari peranti, memadamkan peranti atau perlu menukar kata laluan atas sebab keselamatan.

Sebagai perlindungan tambahan untuk Akaun Apple anda terhadap serangan pemancingan, anda boleh menggunakan kunci keselamatan fizikal dan bukannya kod pengesahan. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal kunci keselamatan untuk Akaun Apple.

Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Akaun Apple.