Dalam Talian
iPhone atau iPad berada dalam talian jika:
Dihidupkan (dengan atau tanpa kunci kod laluan)
Disambungkan ke rangkaian data seperti 3G, 4G, LTE atau Wi‑Fi
Mac berada dalam talian jika:
Dihidupkan
Disambungkan ke internet melalui Wi‑Fi atau Ethernet
Apple Watch berada dalam talian jika:
Dihidupkan
Disambungkan ke rangkaian Wi‑Fi
Disambungkan ke iPhone
Nota: Apple Watch Series 3 atau terkini (GPS + Cellular) berada di dalam talian jika peranti ini dihidupkan atau mempunyai perkhidmatan selular.
AirPods berada dalam talian jika:
Berada di luar bekasnya
Jarak peranti dengan iPhone atau iPad anda adalah kira-kira 33 kaki (10 meter)
Produk Beats berada dalam talian jika:
Dihidupkan
Peranti berada dalam lingkungan iPhone atau iPad anda (lingkungan bergantung pada model produk Beats)
Jika peranti berada dalam talian, satu titik hijau akan muncul bersebelahan peranti dalam senarai Peranti Saya.